Selasa, 17 April 2012

Sabah Adalah Sebuah Negara Merdeka?

Menelusuri alur sejarah panjang North Borneo/Sabah, memberikan kita semangat dan kekuatan untuk terus berjuang. Ini berdasarkan kepada fakta yang sahih daripada dokumen Perjanjian Malaysia 1963 dan Perkara 20 yang turut tercatat dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan semasa proses pembentukan Persekutuan Malaysia dahulu. Malah jika mendengar perisytiharan Malaysia di Padang Merdeka, (Kota Kinabalu), yang diucapkan dalam Bahasa Inggeris, Kadazan dan Cina, jelas sekali disebutkan penggunaan Negara of Sabah. Jadi tidak syak lagi bahawa Sabah adalah sebuah NEGARA MERDEKA yang sama-sama membentuk Persekutuan Malaysia bukannya menyertai Malaysia sebagai sebuah NEGERI yang ke-12 seperti yang tercatit dalam Mykad sekarang ini. Sayang sekali dalam buku-buku sejarah yang diajarkan di sekolah-sekolah awam, MALAYSIA merdeka pada 31 OGOS 1957, sedangkan seluruh dunia tahu bahawa MALAYSIA baru sahaja dibentuk pada 16 SEPTEMBER 1963. Bagaimana pula merdeka sedangkan belum dibentuk?


Jika kita mengambil contoh United Kingdom (UK),misalnya,  yang merupakan 'tempat asal' penjajah British yang menjajah kita sedikit masa dulu, maka  terdapat kewajaran untuk kita mengatakan bahawa model Persekutuan Malaysia sebenarnya diaspirasikan daripada pembentukan United Kingdom yang diwakili oleh England, Scotland dan Wales dengan Northern Ireland. Bermakna UK yang mengamalkan sistem pemerintahan Constitutional Monarchy mempunyai 4 wilayah utama dengan berpaksikan satu Raja iaitu Queen Elizabeth. Apa yang menariknya, keempat-empat wilayah ini mempunyai kuasa autonomi sendiri. Contoh mudah, semua wilayah ini mewakili negara masing-masing dalam Bola Sepak Piala Dunia tetapi semasa sukan Olimpik, mereka akan bersama dalam UK. (Tajuk Perjanjian Malaysia begini : UNITED KINGDOM OF GREAT BRITAIN AND NOTHERN IRELAND and FEDERATION OF MALAYA, NORTH BORNEO, SARAWAK AND SINGAPORE).

Dalam kes pembentukan Malaysia, diwakili oleh Tanah Melayu dengan North Borneo/Sabah, Sarawak dan Singapura. Perjanjian Malaysia 1963 ditandatangani oleh 5 wakil iaitu wakil British, Tanah Melayu, North Borneo/Sabah, Sarawak dan Singapura. Bermakna 4 wilayah yang merdeka sebagai sebuah negara berdaulat ini telah bersetuju membentuk sebuah gabungan yang dikenali sebagai Malaysia. Dengan kata lain Sabah adalah sebuah NEGARA dalam Malaysia yang mana Seri Paduka Yang Dipertuan Agung sebagai lambang sistem demokrasi raja berperlembagaan namun setiap wilayah berkuasa mentadbir sendiri. Di Sabah, ia dikuatkan lagi dengan syarat 20 perkara yang meliputi antaranya soal Imigresen, Perkhidmatan Awam,Kewarganegaraan, Tarif/Cukai/Kewangan,Hak Orang Asal dan Sistem Pelajaran. (Rujuk Laporan IGC, Bab 2 Perenggan 14/Perkara 20).

Apa yang berlaku hari ini, di bawah pimpinan Kerajaan UMNO/BN Sabah dan Sarawak telah diturunkan pangkat sebagai negeri yang sama taraf dengan negeri-negeri dalam Tanah Melayu / Semenanjung Malaysia. Semua kuasa autonomi, bahkan tuntutan sah dalam Perkara 20 juga tidak lagi digunapakai. Sedangkan masih banyak Undang-undang di Sabah yang terpakai sehingga kini, tetap merujuk kepada istilah Yang Dipertua Negara iaitu merujuk kepada Perkara 20, Nombor 18. Ambil contoh Mahkamah Tinggi Sabah, pada 12 September 1968 iaitu LIMA tahun selepas Malaysia dibentuk, seluruh dunia masih mengiktiraf Sabah sebagai sebuah negara apabila plat tanda perasmian bangunan ini masih jelas tertera nama Tun Pengiran Haji Ahmad Rafae Bin Orang Kaya2 Pengiran Haji Omar sebagai Yang Dipertuan Negara of Sabah. Sejak bila pula tiba-tiba jadi Yang Dipertua NEGERI?

Selain itu, dalam sistem pentadbiran, jelas terbukti bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai Kabinet Menteri sendiri yang lengkap sedangkan seluruh negeri di Semenanjung Malaysia hanya mempunyai satu Kabinet Menteri iaitu di Putrajaya. Semua perbandingan ini mempunyai asas untuk mengatakan bahawa Sabah dan Sarawak bukan negeri di Malaysia tetapi sebuah NEGARA dalam Gabungan Malaysia. Jadi tuntutan kita bukan untuk keluar Malaysia dan menjadi sebuah negara baru tetapi hak kita sebagai sebuah negara dalam gabungan Malaysia. Namun begitu, lain halnya jika Perjanjian Malaysia 1963 dikaji semula dan didapati BATAL kerana penyingkiran Singapura pada tahun 1965 tidak melibatkan perundingan semua pihak yang menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 termasuklah Sabah dan Sarawak.

Kita mempersoalkan perkara ini, bukan semata-mata gimik berpolitik, bukan juga sekadar untuk meraih sokongan tetapi sekadar menuntut hak yang sewajarnya berdasarkan PERJANJIAN yang SAH. Jika kita terus menerima Sabah sebagai sebuah negeri dalam Malaysia, kesannya ialah, kita bergantung penuh kepada Persekutuan untuk memajukan Sabah, sedangkan banyak polisi seperti Cabotage Policy iaitu polisi perkapalan jelas merencatkan perkembangan ekonomi di Sabah dan Sarawak. Lihat sahaja, mengapa harga komoditi seperti getah, harganya murah berbanding di Semenanjung Malaysia. Apa yang peliknya, banyak barang keperluan di Sabah mahal berbanding di Semenanjung Malaysia atas alasan 'kos pengangkutan' sedangkan kita tahu polisi perdagangan yang berat sebelah inilah yang menjadi penyebabnya. Malah ini juga yang menyebabkan ramai belia di Sabah berhijrah ke Semenanjung Malaysia untuk bekerja kerana pelabur 'terpaksa' melabur di sana akibat polisi ini.

Kebergantungan kepada Persekutuan ini akan menyebabkan Sabah terpaksa 'merelakan' hasil bumi termasuk minyak dan gas 'mengalir' ke Persekutuan sedangkan peruntukan pembangunan untuk Sabah setiap Rancangan Malaysia 5 tahun sangat kecil. Peruntukan ini kecil kerana manipulasi kerusi Parlimen dan juga kerusi Dun. Sabah sebesar 9 buah negeri di SM hanya mempunyai 25 kerusi Parlimen dan Sarawak yang lebih besar daripada Sabah pula hanya 31 kerusi Parlimen. Kita ambil contoh negeri Perlis (821 km persegi ) berbanding daerah Pitas 1419 km persegi). Secara relatifnya, DAERAH Pitas lebih besar berbanding NEGERI Perlis. Tetapi di Perlis ada 3 kerusi parlimen dan 15 Adun sedangkan Pitas cuma ada seorang Adun dan berkongsi 1 Parlimen dengan Dun yang lain. Sekiranya setiap ADUN diberikan peruntukan RM1juta setahun bermakna Perlis mempunyai DANA sebanyak RM15 juta untuk membangunkan sebuah kawasan yang lebih kecil daripada Pitas yang hanya layak mendapat DANA RM1 juta. 

Merujuk kepada Laporan Suruhanjaya Cobbold, sebarang penambahan kerusi Parlimen seharusnya mengambilkira KELUASAN dan POTENSI Sabah dan Sarawak. Tetapi polisi kerajaan sekarang ini bergantung kepada POPULASI. Ertinya, peruntukan untuk Sabah dan Sarawak akan sentiasa kecil kerana populasi yang kurang. Ini juga bermakna Sabah dan Sarawak akan kekal kurang maju dan tertinggal jauh di belakang Semenanjung Malaysia. Kesian sekali orang-orang di PEDALAMAN yang sedikit penduduk terpaksa menanti SISA pembangunan selepas kawasan POPULASI ramai didahulukan. Bayangkan dalam RMK10, Bajet Pembangunan Malaysia sebanyak 109 Billion. Sabah dan Sarawak diperuntukkan sebanyak 9 Billion sahaja sedangkan Semenanjung Malaysia menggunakan 100 Billion. Walhal, seluruh dunia tahu bahawa yang mundur sekarang ini ialah Sabah dan Sarawak. Sudah sampai masanya fokus pembangunan itu dialih ke sini.

Maka atas dasar itulah, perjuangan politik di Sabah WAJAR menilai dari sudut HAK-HAK yang empirikal dan tidak hanya bergantung kepada EHSAN. HAK-HAK ini pula bukan ciptaan tetapi jelas termaktub dalam PERJANJIAN yang SAH. Bahkan ia turut disertakan dengan JAMINAN-JAMINAN bahawa Sabah adalah RAKAN KONGSI SAMA TARAF dengan TANAH MELAYU bukannya dengan NEGERI-NEGERI dalam Tanah Melayu. Bagaimana pula menjadi sama taraf jika Bajet Pembangunan juga jelas memperlihatkan jurang perbezaan yang besar? Selagi Sabah dikategorikan sebagai NEGERI selagi itulah rakyat Sabah tidak terbela.

Bukan itu sahaja, ARTIKEL VII, Perjanjian Malaysia menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan Malaya, Kerajaan Borneo Utara dan Kerajaan Sarawak akan mengambil tindakan perundangan, eksekutif atau apa-apa tindakan yang lain yang diperlukan bagi melaksanakan jaminan-jaminan, akujanji-akujanji dan syor-syor yang terkandung dalam Bab 3, dan Lampiran A dan B kepada Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan yang ditandatangani pada 27 Februari 1963, sejauhmana ianya tidak dilaksanakan...

Persoalannya, di manakah asas pihak-pihak tertentu mengatakan perjuangan STAR di Sabah hanya bersifat kenegerian dan berbaur hasutan? Kita hanya menuntut HAK yang jelas dalam sebuah PERJANJIAN yang SAH. Apakah itu salah? 49 tahun telah berlalu tanpa kita menuntut apa-apa dan sepanjang masa itulah nasib kita terus binasa. Apatah lagi dengan pengiktirafan memalukan Bank Dunia pada tahun 2010 sebagai sebuah NEGERI TERMISKIN di Malaysia sedangkan NEGARA Sabah penyumbang kedua terbesar Malaysia dalam sektor minyak. Malah tahun 2011 Persekutuan mengutip 22.7 Biliion Cukai daripada Sabah sedangkan Perkara 20 No 11 jelas mengatakan bahawa North Borneo/Sabah berkuasa penuh ke atas Kewangan/Dana Pembangunan, Cukai dan Tarif-tarif.

Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh rakyat Sabah, berhentilah menyalahkan pemimpin terdahulu. Marilah kita bangkit hari ini dengan ILMU dan FAKTA yang tepat dan benar untuk menuntut kembali Hak-hak Kemerdekaan Sabah sebagai sebuah Negara Dalam MALAYSIA. Masa depan generasi akan datang ditentukan oleh tindakan kita sekarang. Seperti juga pemimpin terdahulu yang salah langkah, hari ini kita menerima kesannya. Jadi sebagai warganegara Sabah yang CELIK ILMU PENGETAHUAN, apakah kita masih mahu mewarisi kesilapan pemimpin kita yang terdahulu dan membiarkan keadaan hari ini terus diwarisi oleh generasi akan datang. Mungkin lebih teruk lagi dengan kehadiran PTI yang semakin tidak terkawal, anak cucu kita bakal merempat di bumi sendiri kelak.

Dengan perbandingan dan Fakta yang 'dikupas' di atas, TIDAK SALAH jika di SABAH ini mempunyai PERDANA MENTERI sendiri dan bukan hanya TIMBALAN PERDANA MENTERI kan? Untuk itu rakyat Sabah harus memastikan sebarang anasir dari pihak PARTI MALAYA tidak lagi berada di Sabah demi memastikan ACUAN NEGARA SABAH dapat dibentuk dan direalisasikan. BUKAN bermakna kita anti MALAYA tetapi kita tidak mahu sistem yang ada pada hari ini terus digunapakai di Sabah sekalipun Kerajaan Persekutuan bertukar, bahkan pertukaran Kerajaan Persekutuan sememangnya harus disokong tetapi bukan dengan cara yang ada hari ini...

58 ulasan:

  1. montis pinatau24 April 2012 9:28 PG

    tidak heran lah genarasi hari ini terpinga-pinga seolah-olah puas dengan keadaan palitik yg ada ketika ini...namun bagi diri saya yang lahir sebelum MERDEKA dan sebelum MALAYSIA, merasakan sudah tiba masanya seluruh rakyat Sabah bersatu untuk memperbetulkan keadaan yang disumbangkan oleh pemimpin PUSAT terhadap rakyat dan kekayaan negeri ini sekian lama...mari bangkit bersama tidak mengira bangsa atau agama kita semua adalah rakyat Sabah Malaysia yang kental dengan perpaduan namun berpecah kerana tindakan oleh pihak yang menginginkan PENGUASAAN TOTAL terhadap generasi Sabah akan datang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tuan. Ada juga yg mengatakan bahawa Perkara 20 tidak lagi relevan. Sdgkan setiap perjanjian adalah tetap sebuah perjanjian. Yang hak harus ditegakkan. Ini kalilah!

      Padam
  2. Saudara pengarang,
    ada beberapa persoalan ingin saya utarakan, dan saya kira masih tidak jelas tentangnya.

    ***Persekutuan Malaysia ditubuh dengan 4 gabungan, dan saya fahami ia telah terbatal serta merta sekiranya salah satu gabungan ini menarik diri atau di'buang' keanggotaannya. K
    etika berlakunya pembuangan Singapura, apakah tindakan Sabah setelah itu?
    Apakah ada usaha-usaha untuk berbincang/juga menarik diri dari gabungan Malaysia yang tinggal?
    Atau dengan ter'lucut'nya Singapura, Malaya bertindak untuk terus menguasai Malaysia walau tidak sah?
    Kerana saya pernah mendengar perihal Sabah sebenarnya ingin menjadi negara Merdeka bermula dari era Tun Fuad, Tun Mustapha, sehinggalah era D. Dr Jeffry Kitingan.
    Saya secara totalnya setuju, bahawa sejarah Sabah tidak ditulis mengikut maklumat yang sepatutnya.
    Namun pada ketika penulisan sejarah negara, apakah tindakan ahli-ahli sejarawan dan akademik terutamanya dari Sabah tentang sejarah Sabah? Mungkin persoalan saya 'out topic' tetapi saya juga kadangkala tertanya-tanya apakah tindakan pemimpin2 kita masa lalu berkenaan persoalan2 saya tersebut.
    Kerana pada masakini saya melihat sesuatu yang agak membimbangkan, di mana perkara yang sepatutnya berada di tempatnya tidak lagi menjadi pegangan/asas perjuangan tetapi ramai yang melihat 'apa yang ada' itu yang dijulang.
    Terima kasih di atas ruang yang saudara luangkan.
    >Saya percaya, apa yang saudara perjuangkan adalah di atas LANDASAN yang sepatutnya, dan ia wajib difahami oleh seluruh rakyat Sabah tentang SABAH dan MALAYSIA<.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi menjawab persoalan ini, banyak perkara teknikal harus kita ketahui.
      Pertama : British telah pun mengingatkan bahawa Sabah hanya bersedia berdiri sebagai sebuah negara sendiri selepas 20 tahun. Antara sebabnya ialah jurang pendidikan yang amat ketara antara pemimpin Sabah dan Sarawak dengan Malaya dan Singapura. Terbukti pada tahun 1983 DDJK mendapat PHD dan bergelar doktor falsafah. Bermakna pada ketika ini kita sudah bersedia.Sbb itu ketika Singapura keluar/dikeluarkan Sabah dan Sarawak sepatutnya dipanggil untuk berunding tetapi mungkin kerana kurang pengalaman dalam kepimpinan ia telah berlalu begitu sahaja tanpa apa-apa 'kata' daripada pemimpin Sabah dan Sarawak pada ketika itu. Jadi hari ini kita sudah cukup bersedia maka kita harus bangkit mempertahankan hak.
      Ahli sejarah kita hari ini kebanyakannya mencari tahu hanya sejarah yang biasa tanpa ada usaha untuk mendapatkan sejarah yg luar biasa. Seperti mana kebanyakkan ahli Sains menerima bahawa manusia berevolusi daripada beruk tetapi jarang sekali ada yang menentangnya dengan bersandarkan fakta bahawa mana-mana kepercayaan dunia menerima bahawa Adam dan Hawa iaitu manusia pertama di muka bumi ini adalah manusia dan bukannya beruk.

      Padam
  3. TERIMA KASIH.
    ***Berkenaan penulisan sejarah, adakah saudara bersetuju dengan pendapat saya melalui metafora ini [Dalam Zaman Kegelapan Eropah, ramai cendekiawan telah menunjukkan kemajuan dalam bidang mereka masing2, TETAPI di'halang' oleh Golongan Agama ketika itu atas beberapa sebab, sedangkan Golongan Agama ketika itu sedar akan(kebenaran) yang disampaikan oleh para cendekiawan tersebut.]Lalu di zaman pembentukan Malaysia dan penulisan sejarah berulangnya dan berlaku perkara tersebut ke atas sejarah Sabah, walau disedari oleh sang Pemerintah namun di'hazaf'kan dari lipatan sejarah Sabah khasnya/Malaysia amnya.
    ***Ringkasnya, pesanan utk diri saya dan rakyat Sabah amnya; yang HAQ akan mengatasi yang BATIL.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Ada kebenaran juga analogi tuan. Namun ketika itu dunia masih tertutup. Hari ini dunia sudah terbuka dan kita mengetahui banyak fakta untuk dibuat analisis dan perbandingan.

      Padam
    2. salah pengertian dan tafsiran sudah kamu.. Article I, MA1963,.. The Colonies of North Borneo and Sarawak and the State of Singapore shall be federated with the existing States of the Federation of Malaya as the states of Sabah, Sarawak and Singapore in accordance with the constitional instrument annexed to this Agreement and the Federation shall thereafter be called "Malaysia".. jelas tertulis "shall be federated with existing states of the Federation of Malaya" maksudnya disekutukan dengan negeri2 dalam persekutuan Malaya! ... selepas MA1963 ditandatangani,.. nama Perekutuan Malaya terhapus sama sekali dan Persekutuan Malaysia terpakai! .. Jika anda berfikiran.. Malaysia adalah gabungan kepada 4 negara iaitu Malaya, negara sabah, negara sarawak dan negara singapore.. jelas kefahaman anda telah salah! Cuba cari dimana di dunia ini kerajaan Malaya?

      Anda juga mempersoalkan kuasa Autonomi Sabah?
      kriteria bagi 1 wilayah itu berkuasa autonomi adalah memiliki kuasa memutuskan tanpa had... kita rujuk MA1963..
      Kuasa tertinggi dalam persekutuan malaysia adalah yg dipertuan Agong.. kuasa mempekenankan perlantikan TYT atas syor kerajaan negeri!
      Perkara 49. Malaysia agreement 1963, berkenaan dengan "Borrowing Powers of Borneo States and Singapore." : Shall not restrict the power of a Borneo States or of Singapore to borrow under the authority of State Law within the state, if the borrowing has the approval of the Central Bank for the time being of the federation, nor the power of singapore to borrow under the authority of state law otherwise then within the state, if the borrowing has the approval of the Federal Goverment.
      jelas menerangkan sabah tidak ada kuasa autonomi.. boleh membuat pinjaman kewangan daripada mana2 sumber dana dalam negeri *(tidak dari Bank Dunia atau kerajaan luar negara) akan tetapi perlu mendapatkan kelulusan daripada Bank Negara.. macamna boleh kuasa autonomi?

      Perkara 3. daripada 20 perkara.. berkenaan dengan penubuhan 1 perlembagaan negeri... Kita di sabah ini suda ada perlembagaan Negeri, kita ada ketua mentri dan kabinet negeri! berbeza dengan Negeri Melaka, Pulau Pinang.. ada ketua mentri tetapi tiada kementerian kabinet negeri.. kita di sabah ada mentri kewangan, mentri pelancongan, mentri kebajikan sosial etc.. negeri Melaka, selangor cuma ada keanggotaan executive dalam kerajaan negeri yg dipanggil "Exco".

      Padam
  4. INI KALILAH..Tulisan anda membuka minda..Mgkn sgt sesuai pihak tuan membukukan ttg Sej negara Sabah agar tdk pupus spt yg dibuat oleh SMalaysia,mghapuskan secara perlahan2 Sej Sabah supaya generasi skrng tdk tahu perkara sbnar spt sy.Sy sdiri malu duduk di negara Sabah yg kaya hasil bumi ttpi hdup dlm kmiskinan. Diejek oleh org SMlysia,..org Sabah masih tggl di atas pokok kayu dlm zaman moden ini.Ttg PTI, bila mdgar berita, berpuluh ribu mdpt IC,sy sgt risau. Mgkn akan berlaku rusuhan kaum di Sabah antara org tmpatan dan PTI yg baru smlm mndarat, sudah dpt IC. Suku sakat mereka pun berduyun-duyun dtg ke Sabah,sbb mudah dpt IC. Terdapat ramai keturunan PTI bersekolah dn bekerja sbgai kakitangan kerajaan. Ramai belia Sabah bekerja di SMalaysia, d kilang2. Tp ramai org SMalaysia kerja di Sabah sbgai kakitangan persekutuan,polis, guru yg tdk faham budaya org Sabah. Seolah-olah org Sabah tdk berpendidikan dan tdk layak bekerja di Jab Kerajaan.Wpun hakikatnya, org Sabah sudah ramai lepasan ijazah, master... tp susah dpt kerja.Peluang org Sabah di ambil org sberang. Kita perlu berwawasan, kita beri peluang STAR mentadbir negara Sabah. Supaya PTI yg dpt IC palsu, IC rasuah, hantar balik ke negara diurang. Hrp2 tiada rusuhan kaum akan berlaku pd masa akan dtg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara Goh,
      Apa yang saudara nyatakan adalah hakikat/realiti..pernah berlaku kepada saya sewaktu menuntut di Semenanjung M'sia. Ini bukan satu provokasi, tetapi realiti yang dihadapi oleh Sabahan.
      Pernah diejek masih tinggal di atas pokok, dianggap orang asli Sabah, diajuk2 percakapan, bahasa Sabah dianggap tidak standard,penggunaan BIN...di akhirnya di mana saya menemukan semula orang yang memperkatakan perkara2 ini di Sabah; maksudnya orang ini dihantar bekerja ke Sabah, pada ketika itu saya menempelaknya semula (diam tak terkata). [Tempat yang orang ini perlekehkan adalah tempatnya mencari rezeki].
      **PTI > Perlunya sebuah 'tangan yang besar' utk menanganinya..byk isu yang tidak selesai.

      Padam
    2. Kita sebenarnya hanya menuntut hak kita. Bukannya hak orang lain. Kita juga bukan anti Malaya tetapi kita anti kepada sistem pentadbiran bikinan UMNO/BN yg jelas menidakkan hak-hak orang kita.

      Padam
    3. Saudara,
      Ya benar, STAR hanya menuntut hak Sabah. Akan tetapi sejumlah besar pimpinan atasan (mungkin sedar akan hak2 Sabah tetapi tidak bersuara atas sebab mahu menjaga kedudukan; atau dengan alasan lain 'tidak mahu huru-hara'; atau apa2 alasan yang lain). Juga sebilangan besar org Malaya akan menuduh Sabah tidak mengenang 'budi'(padahal hakikat sebenar Pemerintah menyembunyikan fakta). Maka saya percaya slogan anti-Malaya akan dimainkan oleh pihak yang tidak senang dgn STAR.

      Padam
  5. betul..kita hanya menuntut hak Sabah..spt tulisan saudara... UK... masing2 perintah negara sdiri...jgn jajah Sabah... hormati perjanjian...

    BalasPadam
  6. bagi pendapat sya selagi sabah sarawak dalam malaysia selagi ini bumi kita dalam cakaman malaya.walau pun parti star berkuasa asalkan sabah sarawak dalam gagasan malaysia selagi itulah hasil bumi kita akan dihisap ke petera jaya.kenapa saya berkata seperti ini, sebab kerajaan pusat akan mengguna polis tentera nak menangkap pemempin pemempin yang menghasut rakyat dan ini adalah satu masalah yang kita hadapi.dan jikalau sabah sarawak keluar malaysia kemungkinan besar juga pertumpahan darah akan berlaku disebabkan org-org kadazandusun bajau yang beragam islam berkemungkinan tidak akan bersetuju oleh kerana orang malayu dimalaya itu adalah saudara seagama mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara,
      Bagi pendapat saya pula, masyarakat Sabah sudah harmoni, hidup berbilang bangsa dan agama dalam satu keluarga. Jadi utk terjadinya pertumpahan darah kerana mengikut paksi Malaya bagi saya adalah tidak mungkin. kita Sabahan masih mempunyai semangat Sabahan yang kuat, jd apa yg kita harapkan ialah Sabahan mempunyai PM negara sendiri dan mentadbir Sabah, sama seperti kita lihat di negara gabuangan Great Britain.itulah sebenarnya hasrat STAR(betulkan saya jika salah), iaitu hak Sabah semasa perjanjian membentuk gabungan persekutuan Malaysia, dikembalikan semula. JIka tidak, Sabah semakin hancur bukan saja 'tangan dari luar' bahkan 'tangan di dalam'. Jadi harapan kita agar SAbahan sedarlah dan bangkit menuntut hak sebenar Sabah. HIDUP SABAH!

      Padam
    2. Saya setuju bahawa perjuangan STAR bukan perjuangan yang berunsurkan keagamaan atau pun keturunan tetapi sekadar tuntutan terhadap hak-hak Sabah yang seharusnya menjadi milik mutlak orang asal Sabah tanpa mengira agama dan bangsa. Jika perjuangan kita berjaya, yang mendapat kebaikan juga adalah Orang ASAL Sabah tanpa mengira agama dan bangsa.

      Padam
  7. saudara bagai mana pulak pelarian dari filipina itu yang mendapat warga negara dari kerajaan pusat, tidak kah mereka itu memerontak kepada kita jekalau sabah sarawak berpisa dari gegasan malaysia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. SAUDARA,(ini sekadar pendapat jika salah mohon dimaafkan)
      >Berkenaan hal tersebut, ia sangat2 diidamkan oleh 'mereka' yang mendapat kerakyatan M'sia 'jalan belakang', kerana jika Saudara masih ingat belumpun Sabah mendapat kuasa memerintah autonomi sendiri sudah berlaku 'pertabalan sultan' di Sabah. Jd, pendapat saya, kita perlukan autonomi tersebut utk mentadbir sendiri negara Sabah kita tanpa adanya 'tangan' dari luar lagi. Sesudah itu, barulah kita lancarkan ops-banteras 'mereka' mengikut peruntukan undang2 yang akan kita gubal dan tadbir.[Jadi 'jari2' Sabahan sangat2 diperlukan pada PRU13 utk penentu kemenjadian dan kelangsungan Sabahan].

      Padam
    2. Jika kita teliti sejarah sejak dahulu, memang kita sering ditakut-takutkan akan hal 'ditelan komunis, Indonesia dan Filipina'. Hakikatnya hari ini, Singapura hanya 2 tahun bersama Malaysia dan Brunei yang menarik diri daripada bersama membentuk Malaysia ternyata masih sebuah negeri yang utuh berdaulat malah lebih maju dan hebat daripada Sabah sedangkan antara janji Sabah dalam Malaysia ialah untuk membantu ekonomi Sabah. Tahun 1970, Sabah terkaya selepas Selangor tetapi tahun 2010 Sabah termiskin dalam Malaysia.Jadi sebenarnya hari ini kita mempunyai peluang yang sangat baik untuk mengubah semua itu melalui jalan politik yang pastinya menzahirkan 'suara demokrasi' masyarakat Sabah tanpa perlu melalui detik-detik hitam di jalanan. Itu harapan kita...Satu fakta yang tidak perlu dipertikaikan ialah sebagai sebuah negara bekas jajahan British, kita tetap mempunyai naungan di bawah bendera Komanwel dan tidak mungkin Komanwel ini diam sahaja jika kita terpaksa bergolak...Kita hanya menuntut hak kita, kerana hari ini kita sudah cukup ilmu/fakta dan mempunyai ramai pemimpin berkebolehan. Jadi mana-mana pihak juga tidak boleh menyangkal lagi bahawa tuntutan kita ini adalah sah dan bukan sekadar retorik politik...Kita bukan kacau hak orang lain, tetapi hanya meminta hak kita...

      Padam
    3. Saudara, kita bicara di sini bukan utk sesuatu yg kosong, tetapi hak kita rakyat Sabah. sepatutnya dgn adanya landasan utk menyuarakan hak2 Sabah kita sokonglah supaya ia dikembalikan. Fahamilah fakta penubuhan Malaysia (Perkara 20 sbg syarat Sabah ketika itu).

      Padam
  8. cakap banyak tak guna..buatlah pungutan suara rakyat sabah samaada mau berpisah atau stay dengan malaysia.

    kau persoalkan kata nama "NEGARA"..di semenanjung pun banyak jugak "NEGARA" sebelum itu..negara atau negeri hanyalah satu kata nama sahaja...contoh seperti orang2 dahulu kala menyebut.."saya ingin pergi ke negeri langbuana untuk mencuba nasib"..so no point..macamana nak buat satu negara kalau ada negara lagi dalam negara tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara di atas ini terlalu bersemangat kerana mengatakan mau berpisah atau stay dengan Malaysia. Dalam editor tadi sudah dipanjang lebarkan penerangan mengenai penubuhan Malaysia. Persoalan ialah Malaya, Sarawak dan Sabah adalah setarf. Isu keluar atau stay dalam Malaysia bukan isu utama. Hormatilah Sabah dan Sarawak setarf kerana Tunku Abdul Rahman telah berjanji sebelum pembentukan Malaysia bahawa Sabah adalah seratarf dengan Malaya, tiada lebih tiada kurang. Patuhilah Perjanjian Malaysia pada 9hb Julai 1963 dan 20 Perkara adalah cukup. Jangan pandai-pandai memindah perlembagaan tanpa diketahui oleh rakyat Sabah. Bukankah cara memindah perlembasgaan tanpa pengetahuan nrakyat Sabah itu mkenipu namanya. Ikutlah cara British melalu Laporan Suruhanjaya Cobbold barulah adil. Itulah stail kerajaan yang diterajui UMNO Untuk Merampas Negeri Orang. Syorkan supaya rakyat ASAL Sabah diminta memilih antara bersama Malaysia atau berpisah seperti di Sudan Selatan atas pengawasan PBB. Jangan buat apa-apa keputusan tanpa pengutan suara kerana semua agama mengatakan bahawa MENIPU itu adalah DOSA namanya.

      Padam
    2. Sebenarnya kita pun tidak kisah diberi gelaran negeri jika DILAYAN seperti NEGARA... Sayangnya kita dilayan seperti koloni... Apa sahaja perkara harus melalui/dengan kelulusan Putrajaya... Aduhai... Walhal, tanpa tandatangan Sabah, tiada yg namanya Malaysia hari ini...

      Jangan terburu-buru minta Sabah keluar Malaysia nanti kita bakal jadi SingaPURA dan bertukar kepada SingaPORE selepas Tunku memaksa Singapura untuk berpisah...

      Sabah cuma minta haknya dalam Malaysia. Itu sahaja... Salahkah?

      Padam
  9. wahai saudara ku rakyat sabah sekelian marilah kita bersatu menuju kejayaan tanah sabah merdeka dan berdaulat..hapuskan sengkita kita sendiri dan ambillah pengejaran ketika parti2 ketika zaman pemerintahan usno,berjaya,pbs. parti2 ini bersengkita sesama sendiri. dan parti dari luar iaitu umno masuk di sabah untuk menjaja.dan buat kan ini sebagai toladan.marilah kita bersatu wahai rakyak sabah tanah air ku sekelian dan marilah sama-sama halau kerajaan parasit umno-bn keluar dari sabah serta berpisa dari gegasan malaysia.tidakkah kita berbangga bendera sabah sarawak berkibar-kibar di pantas dunia,berkibar disukan olempik, berkibar di sukan kemonwel,dan berkibar dimarata dunia..hidup negara sabah tanah air ku......!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mari kita terus berjuang... Ini kalilah!

      Padam
  10. rakyat sabah... patut.... sedar yang selama ini kita telah di diskriminasi oleh pemimpin malaysia.... kita banyak hasil.. tapi semuanya untuk membangunkan semenanjung... pastu kebanyakan ceo syarikat di sabah mesti dari semenanjung... knapa ? tiada ka rakyat sabah yang layak untuk jadi pemimpin ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  11. BUKAN BENIAT MENUDUH ATAU MENGHASUT...
    TAPI BAGI MEREKA2X Y TERLIBAT MBIK LA KESEMPATAN SELAGI DIBERIKAN MASA...JAN SAMPAI ALLAH SWT MEMANGGIL KITA KRN TIBA MASA KITA PULANG KE HALAMAN KITA SEMULA...WAT LA PENGAKUAN Y MGKN AKAN MEMALUKAN DIRI SENDIRI D DUNIA...JAN SAMPAI SELURUH KAUM ADAM & HAWA MENDENGAR DOSA KAMU...LAGI MALU BESAR...KALO BUKAN SEKARANG BILA LAGI??...NIE KALI LA

    BalasPadam
  12. Pemimpin sabah sepatutnya tidak bergantung dengan pemimpin semenanjung jika mahu memperjuangkan hak NEGARA sabah.... Barulah boleh BERSUARA. Tapi kalau tengok sekarang ni... Kebanyakan pemimpin sabah sudah rasa selesa dengan apa yang diorang ada... Mana diorang mau fikir sudah pasal hak NEGARA Sabah...

    BalasPadam
  13. sabahan too dependant dan PEMALAS mau mati!!

    BalasPadam
  14. Salam buat Sabahan, Kepada penduduk sabah cuba renung keadaan sabah dibawah pemerintaan Pairin dan Jeffery melalu PBS selama 10 tahun..apa yang mereka capai...kosong dan kosong..Jeffery saja yang punya banyak wang. Apa kamu fikir dengan kesombongan PhD nya yang tidak seberapa pandai tu, boleh mengurus sabah dengan baik. Kita semua tau siapa jeffery berseliudung disebalik Pairin, PBS dan PhD ..dia kira sudah cukup untuk mengurus sabah dengan adil dan saksama. 10 tahun jeffer, you dan ur brother tidak boleh memerintah. sekarang kamu cuba ujudkan suasana supaya SABAHAN BENCI SEMENANJONG...SUDA LAH JEFFERY.. jangan sampai penduduk sabah islam dan bukan islam bergaduh sesama sendiri gara-gara ketamakan kamu. KITA MUNDUR BUKAN SALAH SEMENANJONG..KITA SABAHAN PATUT KERJA KERAS UNTUK MAJU DAN BUANG PEMIMPIN SEPERTI MUSA AMAN, JEFFERY, PAIRIN, SALLEH. Sesiapa jua pemimpin sabah yang kaya selepas 2tahun memerintah kita BUANG.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dr. J pernah memerintah? haha. Jadi apa yg UMNO sudah buat utk Sabah? Kasi ramai PTI adalah. babal ko ni...

      Padam
    2. kirim salam buat anda juga kami rakyat sabah boleh menilaikan apa yang anda tulis. kami tahu kenapa sabah tak boleh maju pada waktu pemerintahan usno berjaya pbs. macam mana nak maju sebab malaya sudah pun menghisap hasil bumi sabah 95% kat putera jaya 5% kat sabah ini. macam mana, nak buat dalam segi kemajuan tak cukup.masa sekarang ini sudah pun umno bn memerinta, dalam segi jalan raya pun sudah cukup menyedikan. dari dulu hingga sekarang masi 20 kiki lagi libarnya tiada perubahan. pembegunan pun semuanya ketinggalan zaman itukah kemajuan yang dibawa oleh umno bn ke sabah. yang ada pun PTI sahaja berlaluasan jadi warga negara disababkan oleh malayu umno. mungkin kau ini jadi pencacai taik dengan malayu umno,dan itulah kau jadi begitu bodoh!

      Padam
    3. kata najip semasa berucap kat sendakan sabah baru-baru ini, bagi peluang bn menang kesabah sabab nak majukan sabah ini dari segi pembagunan dan jalan raya.napa 50 tahun yang lalu semasa merdeka kenapa x bagi maju macam malaya?apa kata tun dr mahadir dulu mula-mula umno-bn masuk menjaja ke sabah. katanya sabah adalah negeri yang mundur dalam segi pembagunan dan jalan raya. tidak setanding di negeri-negeri disemenanjung.. tapi sekerang sudah berapa panggar negeri sabah diperinta oleh kerajaan umno bn masi mundur lagi dalam segi jalan raya pun cukup menyedikan tak beruba dari dulu hingga sekarang masi 8 kaki lebarnya.yang ada pun pti pelipin, pti indon yang berkeriaran sana sini jadi warga negara.dalam segi ini sahaja umno bn boleh bagi maju iaitu pti jadi warga negara untuk mereka buat jadi pegundi mereka dan kekal berkuasa di bumi sabah.

      Padam
  15. HAI BAHALOL...U tak tahukah si jeffery pernah jadi pengarah Yayasan Sabah. Saya bekas pegawai kanan kerajaan negeri sabah. untuk u bahalol Saya tahu apa yang berlaku semasa 10 tahun PBS memerintah.....Majoriti PTI adalah orang Islam(indon & Suluk) kalau jumlah orang islam melebehi Kadazan+cina, impian Jeffery untuk jasi Raja/Sultan akan berkecai. Tapai bilang sama u punya Hero Jeffery jangan main apa... jika tidak suatu masa Islam dan Kristian di saban akan berbunuh sesama sendiri.
    Hai Bahalol u fikir semua sabahan suka dengan tabiat jahanam si jeffery. kau sokong dia kerana kau kadazan. Sabah bukan milik Kadazan ..KAU INGAT ITU BETUL-BETUL

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabah milik Tuhan...hanya di kasi pinjam sama org2 yg diam didalamnya. Tiba masa DIA mo ambil balik, ko mo lari pi mana. KDM diam2 saja bukan bilang takut atau bahalul. Orang bilang "diam ubi berisi". Hanya yang x 'educate'kan mindsetnya ja yang suka jahanamkan orang lain beserta haknya. Bah..bila lagi.

      Padam
    2. jadi sabah ini PTI punya ke? atau org malaya?mungkin kau ini org pti yang jadi menteri. itulah kau cakap begitu bahalur punya otak tak tahu berfikil citik!

      Padam
    3. Saya menyokong bukan kerana saya KDM tetapi kerana saya orang Sabah yang memahami HAK tanahair sendiri yang harus dipertahankan...

      Padam
  16. Dmasuk hutaniam ubi kepala otak bapak kau...... Kau jsedarlahangan bermimpi nak kuasa sabah dan menjadi hero. Bagus kau masuk hutan dan bukit tananm padi bukit, kejar babi dan minum tu mentakok. Kau sedarlah sikit apa PBS buat. Mungkin kau tidak jahanam kerana kau 2x5 dengan dia.
    Kau tanya apa PBS(Pairin & Jeffery) buat pada kakitanga
    islam melayu. Kalau kau mau tahu lagi boleh jumpa saya kalau kau mau

    BalasPadam
    Balasan
    1. pandai juga kau tulis yer dgn bahasa yang amat sedap sekali.jadi sekarang ini apa pulak malayu umno bn buat dgn org kampung kat sabah? umno bn suru itu syarikat dari semenanjung rampas tanah orang kampung untuk mereka buat projek tanam kelapa sawit. dipitas habis tanah orang kampung dirampas oleh syarikar dari semenanjung.beginikah malayu umno sesudah jadi kerajaan di sabah habis harta orang kampung dirampas dan ditindas.(umno) maksutnya,untuk merampas negeri orang..(Bn) buaya negara.

      Padam
  17. hai orang malaya jangan kau cakap kuang hajar dengan kami. kamu fikil sabah ini bapa najip mahadir kamu punya!kamu tidak tahu dimana hasil sabah sarawak pergi? kat putera jaya tu hisap hasil sabah sarawak.kami tahu mmg bukan semua org sabah ini mahu sukong itu pembakang ada yang sesetagah tidak menyukong tapi mereka itu adalah berfikiran citik tak tahu tantang sejara bodoh.kamu tahu ke di sabah ini tiada malayu hanya yang ada bajau sungai kadazandusun sahaja dan lain-lain lagi yang ada di bumi sabah ini.dan jangan kamu nak bawa budaya kamu dari malaya kebumi sabah yang kami cinta ini termasuk lah parti umno-bn yang merosakkan akar fikiran rakyat sabah dan merampas kami punya hasil, memasukkan pendatang haram dari pelipin jadi warga negara. supaya umno akan kekal bekuasa menjaja di sabah.musa aman km sabah yang ada selama ini apa yang ada? hanya dia memintingkan diri sendiri dgn koroni-koroninya sahaja org2 kampung ada yang kena rampas tanah adat mereka. itu ke pemimpin sabah yang terbaik bagi kamu? dah pun sabah ini ketingalan zaman dari segi pembegunan, rasua berlaluasan sana sini yang diamarkan oleh pemimpin-pemimpin umno.

    BalasPadam
  18. boleh ka jangan sentuh pasal agama dan bangsa kalau ckp pasal politik babi ni?!?! BODOH!! sikit2 menghina agama dan bangsa org lain untuk kepentingan diri sendiri!! harap2 ketulahan la kau dan generasi kau!!
    *to whomever it may concern!!

    BalasPadam
  19. Bagi saya tidak sesuai untuk menyamakan Malaysia dengan United Kingdom(UK). Kerana UK ialah sebuah negara kesatuan (unitary state) bukan negara persekutuan (federation state) seperti Malaysia.

    Berkenaan UK:
    Sungguhpun England, Scotland, Wales dan Ireland Utara ialah sebuah negara (bahkan kalau memetik kenyataan dari laman sesawang Pejabat Perdana Menteri Britain menyifatkan UK sebagai "countries within countries") namun kedaulatan(sovereignty) negara-negara ini dipegang oleh UK. Kerana yang diiktiraf mempunyai daulat(sovereign) hanyalah UK. jika dilihat di persada antarabangsa, yang menyertai UN (United Nation) & EU (European Union) hanyalah UK sahaja. Kerajaan Pusat UK mempunyai kuasa yang melampau(supreme power) seperti menggantung persidangan parlimen negara ahlinya tanpa bantahan, contoh parlimen Ireland Utara pernah digantung sebanyak empat kali dan menggurangkan kuasa autonomi dengan undian parlimen 2/3.
    Kerajaan Pusat mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari ahli negaranya.

    Berkenaan Malaysia:
    merupakan sebuah negara persekutuan yang mana kedudukan kerajaan negeri dan kerajaan pusat adalah setaraf dan berkongsi kedaulatan (sovereignty). negeri-negeri telah menyerahkan sebahagian kuasa kepada pusat seperti mewujudkan tentera, polis dan hal-ehwal luar negara. sila rujuk kepada senarai kuasa negeri dan pusat. Terdapat senarai tambahan yang memperuntukan autonomi sabah dan sarawak. Kerajaan Pusat tidak boleh membatalkan kuasa negeri atau campur tangan dalam negeri. jika hendak meminda kuasa negeri memerlukan 2/3 undi parlimen dan persetujuan negeri tersebut. namun jika negeri tersebut tidak membenarkan kuasanya dipinda maka tidak boleh dipinda atau dikurangkan kuasanya. tetapi apa yang berlaku pada hari ini, perlembagaan telah dipinda berkali-kali dan menyebabkan autonomi sabah sarawak telah dikikis. Bahkan kerajaan pusat telah melampaui kuasanya dengan menidakkan hak-hak negeri terhadap hasil negeri itu sendiri. Seperti apa yang terjadi kepada terengganu, kelantan, sarawak dan sabah. sehingga menyebabkan negeri-negeri ini hendak bertindak meninggalkan Malaysia.


    Berkaitan dengan sukan pula, negara-negara UK boleh menyertai pertandingan peringkat antarabangsa kerana mempunyai Persatuan Sukan Kebangsaan (National Governing Sport) masing-masing. contohnya Persatuan Bola Sepak England (England FA), Persatuan Bola Sepak Wales (Wales FA). ini dapat dilihat dalam world cup dan commonwealth sports. dengan kata lain semua negeri-negeri di Malaysia mempunyai hak untuk menghantar pasukan bola sepat masing-masing untuk bertanding diperingkat antarbangsa. dengan syarat mendapat pengiktirafan dari FIFA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan yang baik. Saya tidak mengatakan harus menyamai UK, tetapi pada dasarnya sepatutnya Pembentukan Malaysia diaspirasikan daripada asas pembentukan UK kerana logiknya, saksi kepada Pembentukan Malaysia ialah UK. Soal pentadbiran, kita uruskan dengan cara kita. STAR telah mencadangkan 1 Negara 2 Sistem.

      Memang kita boleh bertanding sukan di peringkat antarabangsa yang membuktikan kita wilayah yang ada autonomi. Masalahnya ialah pelaksanaan yang terpilih di peringkat persekutuan. Maka kita harus TUNTUT daripada kerajaan akan datang agar perkara ini dilaksanakan melalui dasar yang jelas.

      Padam
  20. Lihat satu laporan dari agensi Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 1948 tentang laporan pendidikan di Borneo Utara. Jelas dalam laporan ini Borneo Utara pada tahun 1948 adalah sebuah NEGARA.

    http://unesdoc.unesco.org/images/0006/000696/069619eb.pdf

    No. Ruj. Report:UNESCO/REC/Rep.5 -
    Tempat/tarikh Repot: Paris, 1 November 1948 - The Colony of North Borneo
    Tajuk Repot: UNESCO POST-WAR EDUCATION SURVEY

    Saya petik Seksyen 2. Introduction -- Until the 16th century the COUNTRY which is now North Borneo...

    In 1881 a charter was granted to the newly formed North Borneo Company by Queen Victoria and in 1888 the British Government entered into a protectorate agreement with the whole COUNTRY which now comprises the mainland North Borneo. From that onward the North Borneo Chartred Company had the right to provide for the internal administration of the COUNTRY...

    Jadi pada tahun 1881, 1888 dan 1948 Borneo Utama masih sebuah NEGARA.

    http://www.unescap.org/EDC/English/AnnualReports/1947(1and2).pdf
    http://unyearbook.un.org/1960YUN/1960_P1_SEC3_CH4.pdf

    Dua laporan Bangsa-Bangsa Bersatu - UNESCO di atas juga membayangkan Borneo Utama sebagai negara belum merdeka (Non-Self Governing territory) iaitu di bawah negeri naungan British United Kingdom. Borneo Utara dalam kumpulan sama dengan Nigeria, Kenya, Uganda, Singapura, Malayan Union, Sarawak, Burma dan lain-lain. Negara Non-Self Governing territory ini boleh menjadi Ahli Bersekutu (Associate Member) dengan UNESCO.

    BalasPadam
  21. UMNO-BN ADALAH PARTI SAITAN DARI MALAYA!

    BalasPadam
  22. Masanya telah tiba orang kita menuntut HAK!!! B0RNEO yg telah dijajah dgn KEJAM oleh MALAYA!!! Bangkitlah hai pahlawan paduka Mat Salleh!!! Bangkit lah hai Pahlawan Antanom!!! Bangkit lah! hai Pahlawan Monsopiad!!! burulah kepala PENGHIANAT NEGARA SABAH!!! Supaya Mereka Tahu ~ Biar darah mengalir untuk Mu SABAH/BORNEO!!! Ini kali lah!

    BalasPadam
  23. sedih bila membaca ulasan mereka2 yg x tau fakta tp main hantam sj ckp, ikut perasaan..tolong rujuk fakta penubuhan Malaysia..kita semua termasuk d semenanjung tidak d dedahkan dgn sejarah sebenar..knp?.mungkin bla kt bri komen d sini, ada yg marah, x puas hati, sedih..mari kawan2 semua, walaupun kita berbeza agama dan bangsa, namun truly sabahan, mari kita sm2 tuntut hak sabah yg pd mulanya milik sabah..gunakan akal fikiran secara logik, waras, membina, membangun dan tidak terburu-buru semasa kita bri pandangan kita d blog ini..bri tau kwn2 kt yg lain tntng prkara ini..

    BalasPadam
  24. satu saja cara.........sabah TARIK DIRI dr Malaysia ....selagi bergabung dgn tanah melayu wlpn PRU13 BN jatuh & PKR berkuasa sama jga la ceritanya...Sabah tetap mcm yg dulu....Sabah wajib diperintah oleh Parti Sabah Sendiri..SABAH UNTUK RAKYAT SABAH,RAKYAT SABAH PERINTAH SABAH,SEMUA YANG ADA DI SABAH HARUS DIMILIKI OLEH RAKYAT SABAH.......UMNO,DAP,PKR,MCA,MIC DLL PARTI YG BUKAN BERASAL DR SABAH PERGI BALIK SEMENANGJUNG.....KAMU URUS LA NEGARA KAMU SENDIRI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  25. aku org melayu semenanjung,isteri aku org bajau dusun sabah.cerita pasal singapura,walaupun singapura keluar dari malaysia,tetapi singapura tetap tanah jajahan hak milik sultan johor.kalu sarawak keluar dari semanjung,mat taib lagi kaya la pas ne.kalau sekarang pun da berbilion,klu keluar lg la berbilion2 harta nya.betul x org2 sarawak?tp sabah lain,yg aku faham ketua menteri sabah dan kerajaan sabah fokus pada pendidikan anak2 muda dahulu supaya pemimpin masa depan dapat memajukan sabah seiring dengan di negeri2 di semenanjung,ini mugkin mengambil masa sedikit.gaji sultan2 dan raja2 melayu di bayar oleh kerajaan negeri dan hasil negeri masing2.tidak melibat kan negeri2 lain yg tidak bersultan dan beraja.ne korang kene kaji dan faham betul2.gie google taip gaji sultan negeri.sume ada.bukan org2 sabah dan sarawak je yg kene curi hasil bumi org kerajaan pusat,tapi negeri2 lain di semenanjung pun terut manjadi mangsa.contoh nya kelantan,pahang,terenganu DLL.contoh senang putrajaya,baru berapa tahun di tubuh kan,maju nya melebihi negeri2 yg da lama wujud.dari mana datang wang yg banyak ini kalau bukan dari negeri2 miskin.

    BalasPadam
  26. parti sabah sudah masuk BN la...yg dlm otak dorang tu money in my pocket ja...lain la macam jeffry kitingan...perjuang kan hak sabah..

    BalasPadam
  27. Negeri miskin mana ada duit, sabah pada awal pembentukan malaysia pun hanya ada balak, minyak pun shell yang punya. KL bagi duit lo. Bila KL minta singapura bantu, lee kuan yew tak mau lo. Bawa mahkamah saja supaya sabah kekal sebagai sebuah negara. Biar mahkamah yang putuskan. Ada yang berani? Kalau tulis dalam blog, temberang saja.

    BalasPadam
  28. SABAH adalah sebuah NEGARA..
    NEGERI2 SABAH terdiri daripada
    KK>SANDAKAN>TAWAU>LAHAD DATU>KUDAT>TAMBUNAN dan ???
    IBU NEGERI SABAH IALAH KK.
    MAIN BUSINES >> OIL
    thINK????

    BalasPadam
  29. TYT Sabah SEPATUTNYA ialah Yang di-Pertua NEGARA bukan Yang Dipertu Negeri dalam perkara 20, tetapi telah ditukar kepada negeri pada tahun 1976, ini membuktikan status sabah telah dijatuhkan tanpa mengira Perjanjian,jadi manakah JANJI DITEPATI?

    BalasPadam
  30. http://www.youtube.com/watch?v=flm1Mi8SegI

    BalasPadam
  31. Tiada juga guna kalau cuma tahu bercakap tetapi tiada tindakan kalau mw merdeka mesti mw berusaha jangan lah bah cakap saja besar tapi satu tindakan pun tiada jadi kalau cadangan saya apa kata kalau kita tubuh satu badan pertahan sendiri iatu TENTERA KEBEBASAN SABAH iatu anggotanya terdiri dari kaum bumiputera sabah tidak termasuk suluk atau bajau dan sumber kewangan kita kutip dari penduduk sabah tujuan badan pertahan ini adalah untuk melindungi penduduk sabah dari ancaman orang asing PTI yang berniat menyerang atau cuba mengambil sabah sebagai contoh pengganas sulu dan sya rasa badan pertahanan ini dapat menolak kebergantungan kita kepada anggota pertahanan semenanjung yang mana mereka ini dengan suka hati memasukkan PTI ke sabah seperti negeri sabah ini bukan negara berdaulat dan saya rasa sudah tiba masanya kita mengawal keselamatan negara kita sendiri biar lah PTI di sabah ini dapat kita usir dan hapuskan mengikut cara dan undang2 kita sendiri...thank u for reading my comments jangan marah ah semenanjung

    BalasPadam
  32. Action talk louder then Words.

    BalasPadam
  33. good article. But... Let's do action. Article without action is nonsense.
    Let's make it real.

    BalasPadam

Menulislah seolah-olah anda meminjam tangan Tuhan...